skdmlk.zoom-a.com

SEKOLAH KEBANGSAAN DUYONG

KM. 6 Duyong, 75460 Melaka

Tel : 06-2680719 Faks : 06-2685781

e-mel : skdmlk@zoom-a.com

| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | FALSAFAH PENDIDIKAN | SEJARAH | VISI & MISI | LOGO SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | DOA SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | KURIKULUM | KOKURIKULUM | PANORAMA | AKTIVITI | BERITA TERKINI |

                                                 
                  SEKAPUR SIRIH DARIPADA
                           GURU BESAR
                          (EN. BABA BIN HAJI YA'ACOB)


Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatu

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada tuan/puan yang sudi melayari alam internet khususnya ke laman web kami yang tidak seberapa ini. Namun begitu adalah diharapkan, agar laman web SK Duyong ini dapat memberi sedikit sebanyak input berkenaan dengan maklumat yang boleh dikongsi bersama.

Memetik maklumat yang diperolehi daripada KPM, 1997 yang menyatakan bahawa perkembangan teknologi masa kini banyak mempengaruhi bidang kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif, dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini.

Memegang pada pernyataan itu, jelaslah kepada kita bahawa teknologi memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam menyemarakkan lagi dunia pendidikan. Justeru menguatkan lagi tanggapan bahawa ledakan teknologi maklumat atau IT akan sama-sama kita garapi untuk menjadikan bidang pendidikan melewati garis sempadan yang memisahkan kita. Saranan globalisasi pendidikan atau pendidikan tanpa sempadan akan dapat sama-sama kita nikmati.

Walaupun demikian, nilai murni masyarakat timur harus kita kekalkan. Kecanggihan teknologi yang berada di hadapan kita ketika ini seharusnya berlandaskan kepada agama dan nilai budaya yang kita amalkan selama ini agar dapat membendung segala macam gejala yang tidak diingini.

Akhirnya di kesempatan ini, saya mengambil peluang mengucapkan selamat datang ke laman web kami dan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kerana meluangkan waktu untuk melayari laman web ini.

Semoga dengan ini dapatlah sama-sama kita berkongsi maklumat. Kami sedia maklum masih terlalu banyak yang perlu diperbaiki, sekiranya terdapat sebarang kesilapan atau yang kurang menyenangkan kami mohon maaf. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t, dan kekurangan itu adalah atas kelemahan kami sendiri.

Sekian, terima kasih.

 Wassalam.


 


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: